Selepas kehadiran cahaya mata dalam melengkapkan hubungan suami isteri, penyanyi Hafiz Suip sedar betapa pentingnya untuk mencari ilmu akhirat.

Hafiz mula mendekatkan diri kepada agama apabila ada seorang ustaz yang merupakan kenalan keluarga datang untuk mengajar dia mengaji.

"Kehadiran anak memang banyak menyedarkan saya betapa pentingnya untuk mencari ilmu akhirat.

"Saya dulu terfikir kenapa kita boleh habiskan masa contohnya bermain game tapi tidak ada masa untuk 'bertemu' Allah (solat lima waktu).

"Daripada saya buat perkara yang tidak elok, lebih baik belajar balik tentang ilmu-ilmu asas," katanya.

Hafiz dan isterinya, Nureffy Jasreel telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Kopi Planet