Penyanyi terkenal Hollywood, Selena Gomez, 26, berharap agar bekas kekasihnya penyanyi Justin Bieber mengadakan perkahwinannya bersama Hailey Baldwin secepat mungkin.

Menurut Sumber, jika perkahwinan itu diadakan dalam masa yang terdekat ini, segala tanda tanya dalam fikiran Selena akan berakhir.

"Selena mengakui dia telah banyak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan Justin dan Hailey terutamanya soal perkahwinan mereka berdua.

"Namun begitu, Selena sudah lama menerima kenyataan dan bahagia dengan kehidupannya sendiri," kata sumber.

Pada masa yang sama, ada khabar angin mengatakan bahawa persiapan perkahwinan Justin dan Hailey telahpun siap sepenuhnya namun ia belum mendapat kepastian dari mereka berdua.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com