Baru-baru ini, pelakon Datin Seri Umie Aida telah memberi kebenaran kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lagi.

Melalui sebuh entri Instagram (IG) miliknya, Umie, 45, telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen yang mendedahkan dirinya rela untuk bermadu sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Teraju utama filem Dukun ini juga mengaku bahawa dia bukan seorang isteri yang sempurna.

"Pagi ni me bangun tidur. Tetiba me cakap kat abang... Jangan buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin. Me izinkan.

"Terkejut beruk abang... Dia cakap me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yang sempurna. Hmm.... Entahlah... Kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu.

"Tapi YES... Me izinkan dan me nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot...", tulis Umie.

Pagi ni me bangun tido .. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok , kalau nak terus kahwin. Me izinkan. Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek ! ? me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah .. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. ??‍♀️ tapi YES .. me izinkan.. dan me nak abg tahu itu. Mood gerhana bulan kot.. ??‍♀️?

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Apa yang menarik perhatian netizen adalah komen Janna Nick yang bergurau untuk menjadi madu kepada Umie.

"Boleh la bermadu. Tunggu abang, adik datang," tulis Janna.

Namun, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan perkahwinan Umie bersama suaminya dan mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat satu hari nanti.



Umie dan Khairuddin Abu Hassan bernikah di Mekah pada Mac 2010.

Pasangan ini masih belum mempunyai cahaya mata sendiri namun Umie telah membesarkan anak angkatnya iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.


Teks: Noor Zulaikha Yusof