Mahkamah Majistret Ampang, masing-masing menarik balik perintah ikat jamin terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu.
Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dan Haslinda A. Raof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak untuk menarik balik jaminan masing-masing berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin.
Pihak pendakwaan memohon perintah ikat jamin itu ditarik balik kerana khuatir Jamal akan melarikan diri sekali lagi.
Berikutan itu, mahkamah membatalkan jaminan terhadap Jamal bagi kedua-dua kes ceroboh itu dan bagi kes melarikan diri dari hospital, perintah tidak membenarkan Jamal diikat jamin dikekalkan.
Dengan keputusan ini, Jamal, yang hadir ke mahkamah berpakaian kot lengkap dan bersongkok dengan tangan bergari ke belakang serta diiringi anggota polis, kekal ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga kesnya selesai.
Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di sini.
Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23 and 25, Jalan Kosas 13, di taman sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 3.30 dan 3.40 petang, 29 Disember 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, turut didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan bagi ketiga-tiga kes tersebut.
Jamal, yang diwakili peguam Khairul Anuar Kashim, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu. Jamal sebelum ini dikehendaki berhubung dua kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu kes lagi mengikut Seksyen 290 kanun sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pembelaan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, memaklumkan pihaknya akan membuat semakan berhubung jaminan terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.
Sumber: Bernama
Rozaimi Zubaidi
Tue Jul 31 2018
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.