Telefon pintar siapa yang jadi mangsa geledah dan siapa yang bakal terkena renjatan elektrik jika gagal menjawab soalan dengan jujur?

Ha, anda bakal menyaksikan semuanya menerusi sesi Gempak FB Live: MeleTOP dan sesi Gempak FB Live: HLive #TanpaHad dengan Hotlink RED.

Menerusi Gempak FB Live: MeleTOP #TanpaHad dengan Hotlink RED yang bakal bersiaran pada Selasa, 31 Julai jam 10 malam, hos Nabil Ahmad dan Jaa Suzuran bakal ditemani oleh tetamu undangan, Aedy Ashraf dan Shiha Zikir.

Pada episod sebelumnya, telefon bimbit milik Syafiq Kyle pernah digeledah oleh Jaa menerusi segmen Intai Peranti… Jaa dengan selamba telah memuat naik video mereka menyanyi di ruangan Instagram Stories milik Syafiq.

Jangan lupa untuk menyaksikan sesi minggu ini… Agak-agak, siapakah yang bakal jadi mangsa seterusnya dalam segmen Intai Peranti? Adakah Aedy atau Shiha?

Seterusnya, menerusi sesi Gempak FB Live: HLive #TanpaHad dengan Hotlink RED, pengacara Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan bakal ditemani oleh tetamu istimewa iaitu Aman Aziz dan Chacha Maembong.

Bakal bersiaran pada Khamis, 2 Ogos jam 9 malam, Dahlia dan Adriana bakal menggunakan alat 'lie detector' yang mengesan penipuan!

Pada episod lalu, Nabil yang muncul sebagai tetamu pernah diuji menggunakan alat ‘lie detector’ ini… Sampai kena karen!

Di episod ini, Aman dan Chacha akan diuji dengan beberapa soalan, sekiranya tak jawab dengan jujur, kena karen nanti!

Dikuasakan oleh Hotlink RED, nikmati internet pantas secara percuma TANPA HAD dan rasai pengalaman TANPA HAD untuk mengakses informasi mengenai selebriti kesayangan anda menerusi Gempak FB Live!

Nikmati sesi FB Live, IG Live, berkomunikasi menerusi WhatsApp dan WeChat TANPA HAD dengan Hotlink RED!

Selain berhibur, anda juga boleh menjawab soalan mudah dan memenangi hadiah menarik berupa t-shirt dan lanyard Thinker Studios!

Untuk informasi lanjut, layari www.hotlink.com.my sekarang!

Jangan lupa saksikan sesi Gempak FB Live: MeleTOP #TanpaHad dengan Hotlink RED pada Selasa, 31 Julai jam 10 malam dan sesi Gempak FB Live: HLive #TanpaHad dengan Hotlink RED pada Khamis, 2 Ogos jam 9 malam!