Selepas dua tahun tidak berlakon, aktor Iqram Dinzly kini kembali ke set penggambaran.

Iqram berkongsi perkembangan terkininya menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram.

Setelah sekian lama aku tidak menghambakan diri dalam dunia penggambaran . Akhirnya berakhir jua perjuagan , walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan . . . #Bukanmudah untok mengembalikan #rasa yang telah ku korbankan ketika #papakuterlantarlagi . . . Bukan Mudah juga untok aku teruskan rasa setelah #papakukembali . Manakan pula rasanya , apabila berjauhan dengan #mamakukinibalu tanpa teman sejati . . . Bukan aku tidak bersyukor dengan kurniaan Illahi . Cuma untok memulakan perkara yang sekian lama ku tinggalkan dan adakalanya aku rasa terasing diri , bukan semudah yang dlihat tanpa mengkaji apatah pula merasai. . . Apa apa pun aku mengucapkan #terimakasih atas nikmat yang diberi & dikongsi. InsyaAllah aku hanya #usaha untok kembali , selebihnya aku berserah pada Mu , Illahi . . . Sekiranya ini yang dinamakan #rezeki , akan ku teruskan tanpa kesali . . . @bawaabata.merebucks : Watak perwatakan : Adam . #wanitadihujungkuala . ?

A post shared by Iqram Dinzly (@iqramdinzlyori) on


Rata-rata peminat Iqram menyokong penuh kemunculan semula pelakon itu dalam arena seni tempatan.

Netizen juga gembira melihat perubahan yang dilakukan oleh Iqram selepas terpalit dengan beberapa kontroversi beberapa bulan lalu.

Kali terakhir, Iqram membintangi drama bersiri Cinta 11 Syarat yang ditayangkan pada 2016.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Iqram