Pelakon Zara Zya menerima kecaman netizen yang berbaur cemburu melihat hubungan cintanya bersama aktor Hafreez Adam.

Zara mendedahkan kecaman yang diterima menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Kesiannya @zeti_995 ?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Netizen yang menggunakan nama @zeti_995 di laman Instagram itu turut menuduh Hafreez tidak ikhlas dalam hubungan cintanya bersama Zara.



Di ruangan komen, Hafreez bersama rakan-rakan artis lain seperti Mona Allen, Hanez Suraya, Idzham Ismail, Nabila Huda, Ika Nabella dan Eina Azman turut mengecam tindakan @zeti_995.





Hafreez dan Zara mula menjalin hubungan cinta semenjak sama-sama terlibat dengan drama bersiri Monalisa yang pernah bersiaran di Astro Prima.

Dalam perkembangan terbaru, Zara kini menjadi salah seorang peserta Super Spontan Xtravaganza (SSX).

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zara