Setelah kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, penyanyi terkenal, Anuar Zain bakal muncul dengan konsert terbarunya pada 26 Oktober 2018 ini.

Konsert yang dinamakan Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 bakal berlangsung di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura dan dibawakan khas oleh Hype Records.

Terkenal menerusi lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini, Sedetik Lebih, Andainya Takdir dan banyak lagi, peminat yang hadir ke konsert ini bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu popular dendangan Anuar.



Bagi mereka yang mahu berhibur dengan alunan suaran emas Anuar, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.sistic.com.sg bermula 3 Ogos ini.

Tiket konsert juga boleh dibeli di semua lokasi penjualan tiket SISTIC di Singapura.

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Untuk sebarang informasi lanjut mengenai konsert ini, anda boleh juga layari www.hyperecords.com.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: FB Anuar Zain Network