Pelakon Kamal Adli sanggup untuk membotakkan kepala demi menjiwai watak dalam lakonannya.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 32, dia mahu membawakan watak jahat kerana selama dia berada dalam bidang lakonan, belum pernah dia mendapat tawaran untuk menjayakan watak tersebut.

"Saya sanggup untuk simpan jambang dan botakkan kepala untuk menjayakan watak sebegitu jika diberi peluang.

"Saya seorang pelakon yang tidak kisah dengan rupa sendiri. Apa yang penting, karakter yang saya cuba sampaikan dalam lakonan," katanya kepada Gempak.

Kata Juara Super Spontan Superstar 2017 ini, buat masa sekarang, dia hanya menerima tawaran yang memerlukan dia memegang watak sama yang pernah dilakonkannya sebelum ini.


Teks: Noor Zulaikha Yusof