Super Spontan Extravanganza (SSX) minggu kedua yang berlangsung malam tadi menampilkan Johan Raja Lawak dan Zizan Razak sebagai juri gantian.

Johan dan Zizan hadir bagi menggantikan tempat juri tetap, Datuk Afdlin Shauki yang tidak dapat hadir pada minggu ini.

Apa yang menarik perhatian orang ramai ketika SSX sedang disiarkan secara langsung adalah Johan tiba-tiba jatuh terlentang dari kerusi juri.

Bertindak nakal, Zizan yang berada di sebelahnya seronok mentertawakan Johan tanpa memberi sebarang bantuan.

@jozlynnhanania ? jatuh kerusi pulakkk ! Cari mana kawan yang tolong mana kawan yang tengah gelak ?????? Credit : Twitter @TheSemut

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


Ramai netizen rasa terhibur selepas melihat potongan video kejadian tersebut yang telah dimuat naik di Instagram milik radio ERA.






Johan ni sengaja ke atau memang jatuh?Admin ragu-ragu dengan @jozlynnhanania .Kita tanya @zizanrazak869 sekali benda ni betul-betul ke cobaan je? #superspontanxtravaganza

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Minggu kedua SSX menyaksikan Jaa Suzuran dari kumpulan Lobster Leleh telah disingkirkan.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber:Instagram ERA