Selepas kejayaan single Bunga menjana lebih lima juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan, penyanyi dan rapper Altimet akhirnya muncul dengan single terbaru berjudul Muda.
Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 40, menampilkan komposer dan penyanyi hip hop generasi baru, Kidd Santhe bersama ahli kumpulan Mirwana, Akmal di dalam singlenya.
Bercerita di sebalik kolaborasinya, Altimet menjelaskan hasil karya asal Akmal berjudul Esok Menanti merupakan salah satu lagu yang dibuat untuk album Kotarayaku pada tahun 2012 lalu.
"Walaupun tak terpilih untuk masuk ke album tersebut, melodi dan korusnya sering menghantui telinga saya.
"Setelah memulakan proses menulis album Air, saya menghantar lagu Esok Menanti kepada Kidd Santhe untuk diberi gubahan yang baru dan sangat berpuas hati dengan hasil karyanya," katanya.
Altimet menampilkan melodi yang 'catchy' diiringi rentak lagu yang ceria berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Single yang turut menampilkan elemen contemporary pop ini, bukan saja menyajikan sesuatu yang berbeza buat peminat hiphop malah ia lebih santai dan mesra telinga, sesuai dinikmati oleh pendengar muzik arus semasa.
Bait-bait lirik ditulis oleh Altimet ini secara bersahaja menyelitkan unsur nasihat melalui penceritaanya dari kaca mata si pencerita berusia emas yang mengimbau kembali perjalanan mereka.
Muda merupakan single keempat dari album Air yang dilancarkan pada Mac lalu.
Video rasmi Muda merupakan terbitan Motiofixo dan arahan Alan Amir telah menjalani penggambaran di sebuah lokasi yang dilabelkan sebagai Instagram-friendly di Malang, Indonesia.
Video rasmi 'Muda' boleh ditonton di laman web www.altimet.com.my bermula 30 Julai 2018.
Single ini boleh dibeli dan distrim di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Amri Hassan
Sat Jul 28 2018
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias