Pelakon Nora Danish menolak dakwaan sudah berkahwin secara rahsia bersama kekasihnya Nedim Nazri seperti yang diperkatakan pelayar laman sosial.
Dakwaan tersebut timbul selepas Nedim memuat naik sekeping foto mesranya bersama Nora di akaun Instagram (IG) @boss_ned pada 8 Julai lalu.
Nora ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, dakwaan sudah bernikah secara rahsia adalah tidak benar sama sekali.
“Saya dan Nedim masih belum berkahwin. Saya akan beritahu kepada semua jika sudah bergelar isteri kepada Nedim.
“Bagaimanapun, saya tidak nafikan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan kami di jinjang pelamin pada tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi, dia dan Nedim turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Bali, Indonesia.
“Perkahwinan pantai itu memang idaman saya. Kami akan mengadakan resepsi di Bali tetapi majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Raniaku di e@curve, Mutiara Damansara.
Mengulas mengenai kontraknya bersama Safi Rania Gold, Nora memberitahu tahun ini merupakan tahun keduanya sebagai duta produk penjagaan wajah tersebut.
“Kontrak di antara saya dan Safi Rania Gold ialah selama dua tahun, tetapi setakat ini saya belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung kontrak sebagai duta.
“Bagaimanapun, saya berpuas hati dapat menjayakan muzik video pertama Safi Rania Gold berjudul ‘Raniaku’ kerana dapat bekerja dengan ‘team’ yang bagus.
“Pertama kali saya dengar lagu ‘Raniaku’ ciptaan Aizat Amdan, saya terus jatuh cinta dan tiada masalah sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya yang bergandingan dengan aktor Remy Ishak menerusi muzik video tersebut.
Dalam pada itu Nora turut berkongsi rasa gementarnya bergandingan dengan Remy Ishak.
“Kali terakhir saya berlakon disamping Remy ialah 5 tahun lalu. Pada mulanya saya cuak kerana orang cakap Remy ada ‘angin’ dia.
“Tapi bila jumpa, dia sangat mudah beri kerjasama dan kelakar orangnya,” katanya ketawa.
Muzik video Raniaku menjalani penggambaran selama enam hari di bawah arahan Nan Salleh dan telah dilancarkan di laman Youtube bermula petang semalam.
Ahmad Shah
Thu Jul 21 2016
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.