Pelakon Johan As'ari atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 31, mendedahkan dirinya kini sudah mempunyai teman wanita setelah sekian lama bersendirian.

"Saya sekarang tak solo lagi, sudah ada teman wanita dan calon isteri. Malah ayah saya juga setuju dan merestui hubungan kami berdua. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Perlis," kata Johan.

Menurut Johan, dia sudah bersedia untuk menjadikan wanita tersebut sebagai pasangan hidup dan akan melamarnya selepas mengikuti kursus perkahwinan bersama.

"Insya-Allah doakan jodoh saya dengan dia kuat. Jika ada persefahaman antara kami, tunggulah peringkat seterusnya nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Wanita yang dirahsiakan namanya itu dikatakan sebagai seorang yang memahami dan berdikari. Atas sebab itu, dia dapat memikat hati Johan.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Sinar Harian