Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meletakkan syarat pada anaknya hanya boleh makan makanan ringan atau 'jajan' pada hujung minggu.

Tegasnya, beliau hanya memberi kebenaran pada anaknya untuk membeli makanan tersebut sekali sekala tetapi bukan selalu.

Menerusi satu status yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, @drsheikhmuszaphar, beliau merakam aksi anak keduanya membeli makanan ringan dari penjual bermotosikal.

Katanya, anak keduanya iaitu Tasha membeli makanan ringan tanpa kebenarannya dan ada ketika melakukan banyak lagi perkara yang tidak dibenarkannya sebagai ibu bapa.

"Saya fikir saya perlu bersikap lebih tegas terhadapnya bermula dari sekarang," katanya.

Video - Tasha buying junk food I caught Tasha buying junk food from this man without my permission ... Tasha has always been the mischievous one . She would do many “ not allowed “ things behind our back . And sometimes right infront of my face too knowing I disapprove them . I guess I just have to be more strict on her from now onwards ... Good Evening Everyone . PS - We never allow junk food to our kids except during weekends . Sometimes but not always .

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on


Tindakannya itu menarik komen netizen di media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama berlaku pada anak mereka yang gemar membeli makanan ringan.

"This will be a memory for her...nt bsr dye akn igt..what she done," kata @eiykashamsuri_5594.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai @nurulain_roslan percaya anak kedua mempunyai perangai berbeza dengan adik-beradik yang lain dan mempunyai sifat degil.

"Bila baca all the comments, mostly talk about ‘anak no 2’. I’m also the second child and dulu actually until now I’m different from my siblings and so degil," katanya.

Bagaimanapun, Dr Sheikh Muszaphar mengakui setiap anak mempunyai personaliti berbeza seperti Tasha tapi masih boleh mendengar arahan dan perlu ditegur dengan cara lebih lembut.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @drsheikhmuszaphar