Pihak pengurusan kepada penyanyi terkenal Anuar Zain, Anuar Zain Network memohon agar peminat berwaspada dengan kewujudan akaun Instagram palsu yang menggunakan identiti penyanyi itu.

Hebahan tersebut disampaikan menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram Anuar Zain Network.

"Assalamualaikum dan Hello Semua. Pihak Anuar Zain Network ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun Instagram palsu.

"Diharap anda dapat membantu membuat report di Instagram tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut. Kami dahului dengan ucapan terima kasih," tulisnya.

25.07.18 Assalamualaikum dan Hello Semua ?? Pihak Anuar Zain Network ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu. Diharap anda dapat membantu membuat report di IG tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut. Kami dahului dengan ucapan terima kasih ? p/s : Terima kasih juga pada yang menghantar DM kepada pihak kami bagi memaklumkan kewujudan fake account tersebut. -Admin-

A post shared by Anuar Zain Network (@anuarzainnetwork) on


Selain itu, pihak pengurusan Anuar turut berterima kasih kepada peminat yang memberi maklumat mengenai kewujudan akaun palsu tersebut.

"Terima kasih juga pada yang menghantar DM kepada pihak kami bagi memaklumkan kewujudan fake account tersebut," tulisnya lagi.

Pelantun lagu Keabadian Cinta itu tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial.

Namun begitu, kewujudan akaun Anuar Zain Network yang diselenggara oleh pihak pengurusannya merupakan salah satu inisiatif Anuar untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama peminat.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Anuar Zain Network