Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan (IC) miliknya.

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat seperti yang didakwa dilakukan usahawan berkenaan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

Tolong hormati saya!!’ Benda saya tak buat jangan nak buat andaian bloger2 lanun di luar sana!!! Kalau betul!!! TUNJUK KAN CCTV YANG SAYA PERGI JPN BARU BARU INI!!! Jangan nak sedapkan cerita yer!!!!??? #Repost @myhmrap ・・・ Tiada permohonan kata JPN. Klik di bio atau Swipe di IG Stories untuk cerita penuh.

A post shared by NUR SAJAT 02 (@nursajat02) on


"Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

"Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

"Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya.

Mohammad Razin berkata, bagaimanapun pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

Terdahulu Sajat dilaporkan enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.

Sumber: BH Online