Bagi peminat, bertemu mahupun melihat sendiri artis kegemaran di depan mata pastinya memberikan pengalaman mengujakan sepertimana dilalui selebriti popular, Azrinaz Mazhar Hakim yang berpeluang melihat aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt secara lebih dekat.

Ujarnya, dia menyaksikan aktor itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem terbaru di lokasi berdekatan apartmen tempat dia tinggal di Hollywood Boulevard, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Menerusi statusnya di Instagramnya, @azrinazmazharhakim, dia yang sedang bercuti juga memberitahu aktor itu sempat memberikan 'flying kiss' padanya.

Spotted Brad Pitt. We went down from our apartment to get some late night? The place we’re staying is actually very close to Hollywood Blvd. And woww Brad Pitt just right there in front of me! - Oh Hello ?? Brad. Thanks for the flying kiss ? What? Who says im on honeymoon trip?? ? - I am eagerly anticipating looking forward for this movie they are shooting ?for ‘Once Upon A Time In Hollywood’ because why? Im part of it, yes. Which part? As an Extra.. extra menyibuk?? #hesstillsingle #andimnotttt #bradpitt #onceuponatimeinhollywood #hollywood #losangeles #beverlyhills #california # america #usa

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


Azrinaz memuat naik statusnya bersama video yang menunjukkan Pitt sedang menjalani penggambaran untuk babak memandu sebuah kereta klasik.

Malah, Azrinaz berkongsi foto secara lebih dekat aksi hero pujaan ramai peminat itu ketika sedang berlakon.

Menurut laporan media antarabangsa, aktor berusia 54 tahun itu sibuk menjalani penggambaran filem terbaru berjudul ‘Once Upon A Time In Hollywood’ arahan Quentin Tarantino yang mengambil latar belakang kisah jenayah yang pernah berlaku pada tahun 1969.

Sambil berseloroh, Azrinaz juga menyatakan dia terbabit dalam filem itu sebagai pelakon ekstra yang menyibuk di tepi jalan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @azrinazmazharhakim