Pelakon popular Rita Rudaini mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada lelaki muda di Instagram yang mengajaknya berkahwin.

Kata Rita, 42, dia terkejut apabila ada lelaki yang menawarkan diri untuk menjaga dia dan kedua-dua anaknya.

“Saya banyak menerima DM lelaki muda, merayu untuk saya berikan mereka peluang.

“Mereka kata sanggup menjaga anak-anak saya.

“Tetapi saya tidak membalas semua mesej terbabit sebab tak rasa teringin pun. Apatah lagi untuk melihat profile mereka,” katanya kepada Gempak.

Rita ditemui pada majlis pelancaran Najwa Medispa dan drama online Projek Buat Baby di Evo Mall, Bangi, hari ini.

Rita bagaimanapun tidak menolak sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan jejaka muda.

“Saya tak kisah muda ke tua janji matang dan bertanggungjawab,” tambahnya.

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Teks oleh: Amri Hassan