Ramai dalam kalangan pengamal industri mencongak siapa bakal calon yang layak sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) selepas beberapa nama disebut-sebut.
Bagaimanapun, Pengarah drama yang juga Biro Pembangunan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Hashim meletakkan kepercayaan kepada Zaki Abdul Rahim sebagai calon yang paling layak berdasarkan latar belakang pendidikan dan pengalaman individu tersebut sebagai pengamal industri.
"Calon itu tidak boleh hanya pakar dalam satu bidang saja seperti pengarahan, animasi atau lakonan tetapi banyak aspek lain dia perlu tahu," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, apa yang paling penting adalah pengerusi Finas tidak mempunyai kepentingan dalam industri seperti mempunyai produksi sendiri untuk menerbitkan filem.
"Sejujurnya, saya melihat Zaki lebih layak berbanding calon lain yang diperkatakan jika mengambil kira semua aspek pengalaman, pengetahuan dan latar belakangnya sebagai orang industri yang sering mengikuti perkembangan isu-isu seni," katanya.
Akuinya, ia adalah suatu yang sukar buat seseorang calon yang kurang pengalaman dalam bidang seni diberi tanggungjawab besar untuk memacu industri seni menerusi FINAS.
"Tugas Pengerusi FINAS sepatutnya menjadi pemerhati pada orang-orang industri agar semua terpelihara. Maksudnya, kewajipan Finas dan keadilan sama rata dapat dirasai semua pihak dalam industri tanpa bersikap bias," katanya.
Baginya, isu pemberian dana yang didedahkan sebelum ini antara perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam mengagihkannya secara sama rata dan menjadi tanggungjawab Pengerusi FINAS untuk memantau perkara ini.
Zaki adalah pensyarah sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri termasuk Finas sejak 20 tahun lalu sebagai tenaga pengajar bengkel skrip, dokumentari dan produksi dan pernah menjadi ahli panel dana Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) sebelum ini.
Sebelum ini, beberapa nama penggiat seni disebut sebagai calon antaranya Datuk Yusof Haslam, Dr Ahmad Ibrahim (Mat London), Hassan Abd Muthalib dan pelakon Sharifah Amani.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Fb - Zaki Haji Abdul Rahim dan Al Jafree Md Yusop
Elrafaei Sapi
Thu Jul 26 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.