Aksi penyanyi Misha Omar menyanyi sambil duduk di program MeleTOP yang bersiaran Selasa lalu menarik perhatian netizen.

Video Misha yang mendendangkan single terbarunya yang berjudul Sampai Bila telah dimuat naik di laman YouTube MeleTOP dan sehingga kini, ia telah meraih lebih 107,000 tontonan.


Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kebolehan vokal Misha menyampaikan lagu nada tinggi sambil duduk.

"Wow! Nyanyi sambil duduk je! Part tarik tu settle! Kawalan suara yang sangat baik! Road to AJL 33! Insya-Allah! Thank you MeleTOP," komen seorang netizen yang menggunakan nama gr8 south.

"Suara kaset wehhh. Legend is back. Habislah periuk nasi geng BBNU," tulis Meer.

"Peh nyanyi duduk pun power," ujar yourmermanguy98.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Misha, pelantun lagu Angin Syurga ini turut menjelaskan mengapa dia menyanyi duduk ketika muncul dalam program MeleTOP.

Video by @renangautier ,masyehhh!!! .. Ramai tanya kenapa Kak Mitch nyanyi duduk kat @meletop malam tadi. Ada yg ckp maybe kak Mitch sakit kaki ke apa...pepandai jeee!!! Hahahhaha Jawapannya, kak mitch mcm segan nak berdiri membelakangkan Lofa & Nabil..??? So, ambil keputusan nyanyi duduk jelah...santai-santai giteww.... Dengarkan sampai bila, version duduk di @meletop ciptaan @sharonpaul_msia lirik : @shah_shamshiri & @fedtriyahya ... Jangan lupa undi lagu kami di carta @muzikmuzik_33 untuk dptkan kedudukan yg baik dlm carta ok? Link kat bio kat atas tu, just a click awayyyyyy???

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


"Ramai tanya kenapa Kak Mitch nyanyi duduk kat @meletop malam tadi.

"Ada yang cakap maybe Kak Mitch sakit kaki ke apa... Pepandai je! Hahahaha..

"Jawapannya, Kak Mitch macam segan nak berdiri membelakangkan Lofa dan Nabil.. So, ambil keputusan nyanyi duduk jelah... Santai-santai gitew," tulis Misha.

Teks: Kamaruddin Razal