Jika anda menjawab soalan secara tidak jujur, pasti akan terkena renjatan elektrik! Kena ‘karen’ tu, sakitnya!

Begitulah antara cebisan menarik yang disiarkan menerusi sesi Gempak FB Live: HLive #TanpaHad dengan Hotlink RED telah bersiaran pada minggu lalu.

Sesi tersebut menampilkan Dahlia Shazwan dan Yaya Zahir sebagai pengacara, Nabil Ahmad dan Adriana Adnan dijemput menjadi selebriti undangan.

Menerusi segmen Jujur Cakap, Nabil dan Adriana telah diuji dengan alat 'lie detector' yang mengesan penipuan.

Jika soalan yang ditanyakan itu dijawab dengan penipuan, individu tersebut pastinya akan terkena renjatan elektrik atau karen!

Antara soalan 'nakal' yang ditanyakan oleh Dahlia dan Yaya kepada Nabil ialah adakah Nabil takut dengan isterinya?

Menjawab dengan jujur, Nabil menjelaskan dia memang takut dengan isterinya, tetapi sebenarnya dia bersikap begitu kerana dia sangat menyayangi isterinya.


Dikuasakan oleh Hotlink RED, nikmati internet pantas secara percuma TANPA HAD dan rasai pengalaman TANPA HAD untuk mengakses informasi mengenai selebriti kesayangan anda menerusi Gempak FB Live!

Selain berhibur, anda juga boleh menjawab soalan mudah dan memenangi hadiah menarik berupa t-shirt dan lanyard Thinker Studios!

Seterusnya, jangan lupa saksikan aksi Aedy Ashraf dan Hannah Delisha yang bakal menggamatkan lagi Gempak FB Live: MeleTOP #TanpaHad yang bakal bersiaran pada Khamis, 26 Julai ini yang bakal dihoskan oleh Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

Ha, siapa yang bakal menjawab dengan jujur dan siapakah yang bakal menjadi mangsa 'karen' seterusnya?

Jangan lupa tonton sesi FB Live di laman Facebook Astro Gempak pada Khamis, 26 Julai ini, jam 9 malam, selepas tamatnya siaran rancangan HLive di Astro Ria dan Astro Ria HD!