Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika bercerita mengenai impiannya untuk mendapatkan cahaya mata ketika ditemubual pendakwah agama terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.
Menerusi perkongsian Ebit di akaun Instagramnya, @ebitlew, menyatakan penyanyi diminati ramai itu menangis ketika naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman mempunyai anak.
"Ya Allah siapa sangkakan... dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas.. Allahu..," katanya.
Dalam program tersebut, Ebit menyatakan dia juga terharu mendengar cerita yang disampaikan Siti kepada penonton.
"Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara Siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.
"Bila saya tanya harapannya pada anaknya.. beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran," katanya.
Apa yang menarik perhatian, Ebit menyatakan dari mula sehingga habis program, bukan hanya mereka menangis tapi penonton di studio juga sebak berkongsi perasaan.
"Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri.
"Semoga Allah terus beri kesihatan buat Tokti bersama suami anak dan semua ahli keluarga. Bahagia sampai syurga. Semoga Siti Aafiyah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa," katanya.
Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikurniakan cahaya mata bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ebitlew
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita