Penyanyi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mendedahkan bahawa kedatangannya ke industri hiburan Indonesia sebelum ini telah disambut baik.

Penyanyi ini sering diundang ke acara-acara di Indonesia untuk memenuhi tawaran persembahan dan dia mengakui telah menerima layanan baik disana.

"Saya akui bahawa penerimaan dari masyarakat di Indonesia sangat memberangsangkan dan saya dilayan dengan begitu baik disana.

"Sekarang, saya mahu mencuba nasib dan mengukuhkan lagi nama saya di negara sendiri dengan menyertai pertandingan Big Stage ini," kata Shima.

Dalam pertandingan itu, Shima bakal berentap bersama Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Tajul dan ramai lagi.

Shima ditemui di majlis Sidang Media Big Stage bertempat di Chamber 3, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada Selasa.

Big Stage musim pertama akan mula bersiaran pada 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Teks : Asraf Aided