Anak pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, Aisy Mateen mencuri perhatian netizen apabila tersalah memeluk Mira Filzah yang dianggap ibunya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yana Samsudin berkongsi video anaknya yang tersipu malu apabila menyedari dia memeluk orang yang salah.

"Mana satu mommy awak ni sebenarnya @aisymateen?” tulis Yana pada kapsyen video yang dimuat naik itu.

Maner satu mommy awak ni sebenarnya @aisymateen ?

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Mateen.

"@mermatte.co" Malu dia salah orang. Comel je. Banyak kali ulang tetap ketawa sorang-sorang."

"@lina_gren: Comel betul reaction bila nampak mommy sebenar. Clever boy. Comel je dia punnya muka malu. Hahaha."

"@teabreakcookies.sg: Sayangnya dia kat mommy dia. Comelnya Mateen. Siap salah mummy pula."

"@salleh_: Comel je Mateen ni. Malu-malu pula dia. Anak salah takpe, jangan papa dia yang salah sudah."


Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia dua tahun.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram