Penyanyi Demi Lovato dimasukkan ke hospital di Los Angeles disebabkan pengambilan dadah jenis heroin secara berlebihan.

Menurut sumber, penyanyi itu kini berada dalam keadaan yang stabil.

Demi ditemui tidak sedarkan diri dan dirawat dengan Narcan, iaitu ubat yang direka khas untuk mengatasi masalah heroin berlebihan sebelum dikejarkan ke hospital tempatan.

Penyanyi itu telah berjuang dengan masalah penyalahgunaan dadah selama bertahun lamanya.

Sebelum ini, Demi telah menerima rawatan untuk gangguan bipolar dan penyalahgunaan bahan dadah.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Variety.com