Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menegaskan bahawa dia tidak suka kepada suami orang.

"Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu. Saya tak suka. Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata itu termakan diri sendiri," kata Vida.

Ditanya mengenai hubungan dengan pelakon Putra Amaris, Vida berkata dia sudah mengenali Amaris lima tahun yang lalu.

Status Amaris sebagai suami orang telah mengundang bualan orang ramai.

"Saya sudah mengenali Amaris lima tahun yang lalu. Baru-baru ini kami baru sahaja bekerja bersama apabila dia mahu terlibat dengan muzik video saya.

"Dia mahu bekerja dengan saya dan semenjak itu kami rapat. Berkenaan dengan hubungan, saya tak tahu nak cakap macam mana. Wait and see, time will tell," katanya.

Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 32 telah berkahwin dengan bekas ustazah pada Januari lalu.

Manakala Datuk Seri Vida, 48 telah bercerai dengan Fairuz pada 7 April lalu dan itu merupakan perkahwinan ketiganya.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Sinar Online