Foto Ude Wahid bersama anak-anaknya dengan bekas isteri Intan Liana mengundang perhatian netizen.
Intan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat sendiri foto tersebut.

Dalam kapsyen foto tersebut Intan memberitahu dia sengaja mengimbau gambar tersebut dan bukan niat hendak merampas suami orang.

Menurut Intan, dia memuat naik foto tersebut kerana Ude juga bapa kepada anak-anaknya.

Aish, dekmok 'n baba...

“Throwback je ponnnn..bukan tibai laki org...sah-sah bapak ank-anak aku jugak... Upsss sorry terkasar sikit…” tulisnya.

Rata-rata netizen menyokong apa yang dilakukan Intan dan sepatutnya pengikutnya bersikap terbuka.

Namun, Intan menerusi kemaskini terbaharu di IGny telah memohon maaf jika entrinya sebelum itu mengundang umpatan ramai.

“Bukan sengaja nak bagi ruang dan status mengundang…Maafkan bonda (intan) kerana teremosi..Dah jom Magrib..”luahnya lagi.

Aish, dekmok 'n baba... 'tb je ponnnn..bukan tibai laki org...sah2 bapak ank2 aku jugak'... Upsss sorry terkasar sikit.. ? #realdikatafake #bercakapdgncerminke

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on

..... ?

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu

Foto: IG Intan Salleh
Teks oleh: Syafiqah Jalal