Pelakon jelita, Maya Karin, 38, sudah hampir empat tahun tidak muncul di layar lebar.

Menurut Maya, sekarang merupakan masa yang sesuai untuknya memilih tawaran bukan semata-mata kerana duit.

"Bukan tiada tawaran filem sepanjang empat tahun tidak berlakon. Memang banyak undangan diterima, tetapi ia tidak sesuai dengan jiwa.

"Bukanlah juga saya bersikap terlalu memilih, tetapi itu kehendak diri. Saya berlakon bukan kerana duit, sebaliknya saya mahu kepuasan.

"Saya mungkin boleh mendapat RM80,000 dengan mudah untuk sesebuah watak, tetapi saya tidak memandang duit sebagai keutamaan," katanya.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke bersabar untuk memilih dan menunggu 'naskah berjiwa' sebelum kembali muncul di layar perak.

Dalam perkembangan lain, Maya Karin bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: BH Online