Penyanyi Aishah mengakui tidak menyangka lawatannya menziarahi aktor dan aktivis teater Khalid Salleh pada Syawal pertama lalu merupakan gambar terakhirnya bersama dengan Allahyarham.

Menerusi entri di Instagram, Aishah mengakui terkejut dengan pemergian Allahyarham dan menganggap Khalid sebagai abangnya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Menggigil kepala lutut mendapat berita pemergian 'Wak' Khalid Salleh sebentar tadi.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah kuburnya, letakkanlah rohnya bersama orang-orang yang soleh.

"Dialah pemikir, seniman, penulis, aktor yang disegani dan lebih penting seperti abang sendiri.

"Tak sangka gambar yang diambil bersama gambar terakhir kami bersama pada hari raya pertama. Al Fatihah," tulisnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun...menggigil kepala lutut mendapat berita pemergian 'Wak' Khalid Salleh sebentar tadi.Ya Allah ampunilah dosa2nya,luaskanlah kuburnya,letakkanlah rohnya bersama orang2 yg soleh.Dialah pemikir,seniman,penulis,aktor yg disegani dan lebih penting seperti abang sendiri.Tak sangka gambar yg.diambil bersama gambar terakhir kami bersama pada hari raya pertama.Al Fatihah

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 3.20 petang pada usia 70 tahun.

Anak Allahyarham, Israr Khalid memberitahu bapanya mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan arwah dikejarkan ke hospital pagi Isnin sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Aishah