Penyanyi terkenal Hollywood, Taylor Swift telah memberi kejutan terhadap rakan baiknya, Selena Gomez pada ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam.

Walaupun Taylor tidak dapat berjumpa Selena kerana sedang sibuk mengadakan konsert di New Jersey, dia tetap memuat naik ucapan beserta gambar kek hari jadi di ruangan Instagram Stories miliknya.

"Saya tidak akan membiarkan jarak menghalang saya untuk meraikan hari jadi rakan baik saya," tulisnya.



Perbuatan Taylor itu telah mengundang perhatian dari peminat dan rata-rata netizen memuji usaha yang dianggap 'sweet' itu.

Kedua-dua penyanyi terkenal tersebut telah menjalinkan persahabatan sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu dan telah dikenali sebagai ikon persahabatan di Hollywood.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Taylor Swift