Pelakon Reen Rahim mengakui sekarang bukan merupakan masa sesuai untuk bercerita lebih lanjut mengenai kekasinya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr AR.

Menurut Reen, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Buat masa sekarang saya mahu orang ramai mengenali kekasih saya itu sebagai Mr AR.

"Saya minta semua pihak doakan yang terbaik buat kami dan sudah pasti saya berharap hubungan ini akan dapat ke peringkat seterusnya.

"Masih terlalu awal untuk saya bercerita lanjut mengenai hubungan ini dan apabila sampai masa nanti, saya akan perkenalkan dia dengan lebih terperinci kepada semua.

"Walaupun kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh namun itu tidak menjadi halangan untuk kami saling percaya diantara satu sama lain," katanya kepada Astro Gempak.

Reen berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.

Teks: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Reen