Pelakon Marsha Milan Londoh mengakui tiada masalah untuk tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Menurut Marsha, dia sudah selesa untuk tinggal serumah dengan mentua dan tidak menggangap perkara itu sebagai satu isu.

"Sebelum bernikah, suami selalu membawa saya bertemu ahli keluarganya. Daripada situ, saya mula belajar membiasakan diri.

"Alhamdulillah, saya tiada masalah, sebaliknya gembira apabila ahli keluarga menetap sama.

"Bayangkan apabila 12 orang menetap di rumah yang sama, memang gamat jadinya. Apabila semua berkumpul, terutama pada musim perayaan, riuh-rendah dibuatnya," katanya.

Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizal Mohamed Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015 selepas 10 tahun berkenalan.

Sumber: BH Online