Menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram Stories, pelakon Mira Filzah berkongsi pengalaman berlakon dengan pelawak Zizan Razak.

"Okay tak berlakon dengan Zizan?" tanya seorang netizen.

"Okay. Okay Sangat. Lima take, lima-lima lain dialog dia. Lima shot, lima-lima lain cue dialog," jawab Mira.



Mira dan Zizan didakwa sedang menjalin hubungan cinta namun pasangan ini menjelaskan yang mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.

Mira juga menyatakan yang dia rasa berbangga sekiranya dijemput menjadi tetamu untuk program Jozan Live yang bakal disiarkan bermula 24 Julai ini.



Selain itu, Mira turut menjawab beberapa soalan lain mengenai Aliff Aziz, Fikry Ibrahim dan Hisyam Hamid.





Dalam perkembangan terbaru, Mira baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Sangkar dan Rise The Movie.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mira