Peminat patung permainan, Barbie tidak perlu berimaginasi lagi kerana rumah impian Barbie atau Barbie Careeer Dreamhouse pertama di Asia Tenggara kini berada di Malaysia.

Kini anda boleh menyelinap ke alam fantasi dengan menjadi sesiapa sahaja yang anda mahukan di Barbie Career Dreamhouse yang berada di Sunway Pyramid.



Rumah dua tingkat itu dibina dengan sebuah ruang muzik, bilik seni dan kraf, ruang tamu serta dapur yang mana semua ruang itu menjanjikan aktiviti yang menyeronokkan terutama buat kanak-kanak.

Dalam pameran itu, pengunjung boleh melihat banyak patung Barbie yang disusun rapi dalam almari dan rak kaca eksklusif serta bermain sendiri dengan semua permainan Barbie yang disediakan disitu secara percuma.



Selain itu pengunjung boleh mengambil bahagian dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel interaktif, menghias kek cawan, demonstartsi membuat jus, reka atau lukis baju Barbie, mengambil gambar dalam pakaian Barbie dan banyak lagi.

Anda juga boleh membeli terus pelbagai permainan Barbie di gerai yang dibuka sekitar kawasan pameran tersebut.



Jangan lepaskan peluang untuk berada di dunia Barbie ini bermula 19 hinga 29 Julai ini di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: FB Barbie