Gara-gara menyahut cabaran ‘Keke Challenge’, kumpulan Elite dikecam hebat oleh netizen.

Ahli kumpulan Elite iaitu Linda Rafar tampil menjelaskan tindakan dia bersama Azza dan Sasha Saidin memuat naik video tarian tersebut.

Menurut Linda, 40, menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya mereka masih mempunyai batasan tertentu dalam tarian tersebut.

"Saya terpaksa jelaskan kenapa Elite buat keke challenge semalam. Kami akan buat projek istimewa dan bukan kami sahaja dicabar untuk buat.

“Ada yang lagi seksi dan melampau dari apa yang Elite buat.

"Kami buat juga secara suka-suka dan tiada niat lain,” tulisnya

Linda bagaimanapun terkilan kerana netizen sengaja mengaitkan arwah anaknya Memen dalam isu tersebut.

“Kepada netizen yang komen untuk kutuk Elite saya boleh terima tapi jangan libatkan arwah anak saya yang tidak bersalah," tulisnya lagi.

Menerusi entri terdahulu, Linda memuat naik videonya bersama dua ahli kumpulan Elite iaitu Azza dan Shasha menari tarian ‘Keke Challenge’.

Assalamualaikum.. Salam jumaat? To all my followers.. linda terpaksa jelaskan kenapa n mengapa elite buat kekechallange semalam? We all akan buat special project and kekechallange bukan kita sahaja di cabar utk buat dan bukan semua yg buat itu perfect..ada yg lg seksi and ada yg over drp apa yg elite buat... we just do it for fun n xde niat lain.. Kepada nitizen yg pergi comment kutuk elite masih linda bole terima? Tapi linda merayu tolong jgn babitkan arwah anak linda #memenahlisyurga dia tidak bersalah n xde kena mengena dgn ini cerita ... Tolong jgn nilaikan neraka n syurga seseorang drp penampilannyaa tp sila nilai dgn kebaikkan,kejujuran serta amalan soleh serta kebajikkan yg telah dia lakukan tanpa pengetahuan anda semua?? Skali lagi jika ada nitizen yg masih Melibatkan anak syurga linda memang linda xkan balas tp biar allah shj yg membalasnyaa amiin... Allahuakbar?

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Nah khas utk peminat setia Elite #kekechallenge #kekedoyouloveme #kekechallengebyElite ? @azzaelite @sashasaidin @abby_abadi112 @superwomen_joey ?

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Foto: Ig @lindarafar
Teks oleh: Syafiqah Jalal