Bapa Rosma AF telah meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam pada Jumaat.

Menerusi perkongsian dari pihak pengurusannya, bapa Rosma yang juga merupakan bapa mertua kepada penyanyi Khai AF, Sidik Abu Bakar, 81, meninggal dunia kerana beberapa penyakit antaranya kencing manis dan juga mengalami stroke.

Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kuantan setelah beberapa kali mendapat rawatan di hospital.

Difahamkan semua ahli keluarga termasuk Rosma berada di sisi ketika saat terakhir ayahnya itu.

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini.

Pihak pengurusan Khai, Rosma juga meminta maaf kerana terpaksa membatalkan acara yang sepatutnya dihadiri.

Sumber: Sinar Harian