Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa geram terhadap seorang pengguna media sosial yang menghantar pesanan mesej bergambar menunjukkan bukti suaminya curang dengan seorang wanita lain.

Kata Sakinah, dia memohon individu berkenaan agar tidak masuk campur urusan peribadi dan rumah tangganya.

"Attention to random weird stranger netizens who knows nothing bout my life and relationship, with all due respect please buzz off.

"We don't really need your concern or unnecessary accusations towards my personal life.

"Really, who are you? Pelik giler," tulis Sakinah menerusi Insta Stories miliknya hari ini.




Menerusi kiriman teks Instagram itu, pengguna tersebut turut menghantar sekeping gambar yang mendakwa diambil daripada akaun seorang wanita lain.

Bagaimanapun, foto yang dihantar oleh pengirim itu tidak didedahkan Sakinah.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang bertugas sebagai seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha pada Mei 2017.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sharifahsakinah