Penyanyi popular Hollywood, Zayn Malik sering memberi kejutan kepada peminatnya kebelakangan ini.

Terbaru, Zayn memberi satu lagi kejutan setelah dilihat sedang bersiar-siar di sekitar bandar New York dengan imej rambut terbarunya.

Zayn dilihat berani dengan gaya rambut berwarna biru yang jarang sekali dipilih oleh kebanyakan orang.

Sebelum ini, bekas ahli One Direction ini pernah mewarnakan rambutnya dengan warna perang, kelabu dan merah jambu.

Zayn atau nama sebenarnya Zayn Javadd Malik, 25, baru melancarkan single terbarunya iaitu Sour Diesel.

Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai percintaannya dengan Gigi Hadid yang telah berakhir dua bulan lalu.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Daily Mail