Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle, 36, merancang untuk ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan keluarganya seorang diri.

Sebelum ini, kakaknya, Samantha Markle telah membuat kenyataan bahawa Meghan telah mengabaikan keluarganya selepas mengahwini Putera Harry.

Ekoran dari perkara terbabit, Meghan telah membuat keputusan untuk membuat lawatan tidak rasmi bersendirian ke Los Angeles dan New York untuk bertemu keluarga dan rakan-rakannya sebelum dirinya bergelar seorang ibu.

"Meghan telah merancang untuk bergerak solo dalam satu lawatan tidak rasmi untuk berjumpa keluarga dan rakan-rakannya di Los Angeles dan New York," kata sumber.

Dalam perkembangan lain,pasangan diraja Britain tersebut dijangka akan menimang cahaya mata yang pertama pada tahun hadapan.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Daily Mail Online