Bahagia Bercinta, Kylie Jenner Buat Bekas Teman Lelaki Cemburu!

Hiburan
Bahagia Bercinta, Kylie Jenner Buat Bekas Teman Lelaki Cemburu!
Personaliti dan usahawan popular Hollywood, Kylie Jenner kini sedang hangat bercinta bersama teman lelaki barunya, Travis Scott.

Pasangan tersebut telah menghiasi kulit depan majalah GQ dan mereka kelihatan intim.

Ekoran dari perkara itu, bekas teman lelaki Kylie, Tyga yang merupakan seorang penyanyi rap, berasa tidak selesa dan cemburu melihat kebahagiaan mereka.

"Tyga sebenarnya merindui Kylie dan dia merasakan dirinya lebih layak untuk meggantikan tempat Travis di muka depan majalah tersebut," kata sumber.

Antara perkembangan lain, Kylie turut menghiasi muka depan majalah Forbes dan dia dinobatkan sebagai jutawan paling muda di dunia.


Teks : Asraf Aided
Sumber : thehollywoodgossip.com

Artikel Berkaitan