Anggota Super Junior, Heechul mengakui terpaksa menarik diri daripada kumpulan itu selepas mengalami masalah kesihatan.

Menurut laporan Koreaboo, Heechul telah menarik diri daripada menyertai sebarang aktiviti promosi album terbaharu Super Junior.

Heechul telah membuat kenyataan itu menerusi video secara langsung di laman sosial Weibo selepas ketiadaannya ketika Super Junior berada di Macau.

"Setelah berfikir saya mengambil keputusan untuk tidak bersama dengan anggota yang lain untuk melakukan promosi.

"Saya perlu memberi keutamaan pada kesihatan saya dan mempunyai rehat yang cukup supaya segera sihat," katanya.

Menurut laporan media sebelum ini, Heechul dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.

Sumber: Koreaboo