Pelakon cantik, Rozita Che Wan, 45, membidas sikap netizen yang mengecam penerbit Datuk A Aida, 48.

Timbul isu sesetengah pihak mengecam Aida yang bakal berkahwin dengan pelakon baru, Wan Ariff Aziz, 29, pada Sabtu ini.

Wanita yang mesra disapa sebagai Che Ta ini menyokong tindakan Aida yang ingin mendirikan masjid menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Ni kami nak share dengan hampa semua, sakit hatiiiiii, geqhammmmmmmm ja dengan perangai manusia yang tak habih habih nak bawang pasai benda yang tak berpekdahhhhhhh! Ghasaaaaaaa nak hempas je dengan tumit ni . Si A.Aida nak kawin dengan laki elokkkkkk mudaaaaaaa, letupppp getahhhh baruuuuu lagi naw naw lepas tu ramai pulakkkk kecammmmmm! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa laaa! Tua ganyuuuuutt la apa .. . Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak p la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPAAAAAAAAAAA NAAAAA . Patutnya hampa tu pun sokong lahhhhh diaaaaaa! Ni dok kecammmmmm! Gila ka apa, karang dia ambil laki orghanggggg hampa p hentam pung pang pung pang (termasuk kamilah) hahahah! Ni single, opkossss lah kami ok jeeeeeeeee! Apoooo daaaaaaaaaaa . Kami pun kawin dengan laki muda helok, meletup, bergetah cayakkkkkkk lagi freshhhhhh ranum !! Hahahahha, ok jaaaaaaa! Yang hanmpa dok kecam kecam dia seoleh dia ambik laki hampa pulakkkkkkkk! Nak caqi duda sat g anak sekampong pulak ?.. . Kesimpulannya, BIA LANTAK P LAAAAAAAA DIA NAK KAWIN DENGAN LAKI MUDA LETUPPPP! Dari dia buat benda tak eloqqq kannnnnn! Support 100% dia, so jangan nak kondem kondem naaaaaaa!! Netizen . Tapi tulah, bila tengok laki a.aida ni memang ramai lah makan hati, macam hero hindustannnn! Hidung tudiaaaaaaaa macam laki kami terletakkkkkkk boleh hanger baju tajam diaaaaaa . Kepada A.Aida, abaikannnn nak kecaman kecaman netizen ni, kami doakan majlis berjalan lancar!! So kita boleh buat group “LAKI KAMI MUDA BERGETAH” hahahhahaha . Ada yang nak share tak? Korang suka kalau kawan hampa kawin dengan laki single ke atau korang suka dia kawin dengan laki orang ke atau duda? Hahahahahha! BINCANGKANLAHHHHHHHHHHHH . Love, RCW ❤❤❤ . @a_aidaproduction . . #Titlejandasebenarnyadlmdilemaambiklakiorgkenapaqangdapatlakimudadikecam

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Antara yang ditulis oleh Che Ta diruangan kapsyen entri tersebut ialah:

"Aida nak kahwin dengan lelaki elok muda letup getah baru lagi, lepas tu ramai pula kecam! Ramai pula cakap tak sedar dirilah, tua ganyutlah.

"Kami nak cakap, biar lantaklah dia tu nak kahwin dengan getah muda ke, epal muda ke, mempelam muda ke, yang penting tak kacau suami orang dan dia kahwin dengan lelaki single ya, bukan rampas suami sesiapa.

"Kami pun kahwin dengan lelaki muda elok meletup, okay je. Hahaha. Yang anda nak kecam-kecam dia, seolah-olah dia ambil suami orang pula," tulis Che Ta.

Terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau, Che Ta sempat mengajak Aida menubuhkan kumpulan 'Suami Kami Muda Bergetah'.

Rata-rata pengikut laman Instagram Che Ta bersetuju dengan pendapat pelakon drama komedi Kiah Pekasam itu.

Ramai netizen sependapat dengan Che Ta dan menyokong tindakan Aida berkahwin dengan lelaki muda asalkan lelaki itu bujang dan tidak berstatus suami orang.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Che Ta & Wan Ariff