Penderitaan yang dilalu masyarakat Syria akibat perang sememangnya cukup memeritkan apatah lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Bayangkan segelintir daripada mereka bukan saja kehilangan tempat tinggal yang dibom pengganas tapi mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan daif.

Dalam satu perkongsian video di Instagram @malaysia4syria memaparkan kesusahan yang dialami dua orang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Hajar Al Aswad, Damascus cukup menyentuh perasaan.

Bayangkan kanak-kanak tersebut mengutip sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulut.

Kanak-kanak itu yang ditemu bual seseorang menerusi video tersebut memberitahu mereka mengutip habuk roti untuk dijamah.

"Ada orang buang roti di sini, kami kutip banyak dan ada banyak lagi di atas jalan," kata salah seorang kanak-kanak tersebut.

Kanak kanak Syria berumur 10 tahun dari Hajar Al Aswad, Damascus Makan Habuk Roti di Jalanan . Hasbunallah wanikmal wakeel. =============================================== Salurkan sumbangan anda: . ATAS TALIAN . Klik Di Sini => http://www.billplz.com/infaqsyria . DEPOSIT KE BANK . MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA . BANK ISLAM: 14-210-01-000988-2 MAYBANK: 5648-1051-3971 . Salam sayang dari kami, Tim Hangat dengan Kasih Sayang Untuk Rakyat Syria

A post shared by Malaysia Life Line For Syria (@malaysia4syria) on


Kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai pilihan terpaksa mengutip habuk roti di sebalik batu dan pasir.

Malangnya, kanak-kanak itu memberitahu mereka tidak menerima bantuan makanan.

"Jika kami terima bantuan, kami tidak akan kutip habuk roti ini," katanya.

Sebagai usaha prihatin rakyat Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Life Line For Syria mengharapkan orang ramai agar menghulurkan sumbangan untuk masyarakat Syria menerusi akaun Bank Islam, 14-210-01-000988-2 atau Maybank, 5648-1051-3971 atau menerusi http://www.billplz.com/infaqsyria.

Teks oleh: Elrafaei Sapi