Dikritik Teman Lelaki Kerana Muat Naik Foto Menampakkan Punggung, Kourtney Kardashian Enggan Ubah Sikap

Personaliti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian telah memuat naik foto yang menampakkan bahagian punggungnya di laman sosial baru-baru ini.

Perbuatan Kourtney itu telah dikritik oleh teman lelakinya sendiri, Younes Bendjima.

Menurut sumber, walaupun foto tersebut dipadam oleh Kourtney beberapa minit selepas dimuat naik, Younes sempat mengambil paparan skrin foto tersebut dan mengkritik teman wanitanya itu.

"Adakah ini yang kamu perlu lakukan untuk mendapatkan 'likes' di Instagram?" tulis Younes di ruangan komen gambar terbabit.

Menurut sumber, Kourtney menyatakan bahawa dia agak kecewa dengan tindakan itu dan menganggap Younes tidak memahami dirinya.

"Kourtney tidak akan berubah dan tidak akan menghentikan apa yang dia telah lakukan sebaliknya, Younes harus memahami teman wanitanya itu dengan lebih mendalam," kata sumber.

Drama pasangan ini bermula selepas mereka pulang dari percutian di Eropah baru-baru ini.

Teks: Asraf Aided
Sumber: E News