Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melairkan bayi kelimanya pada jam 8.20 pagi tadi.

Berita itu dikongsi sendiri oleh pengurusnya menerusi akaun Instagram (IG) bernama Carlos Hills.

Menurutnya, Rebecca telah selamat melahirkan bayi lelakinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Carlos turut memuat naik foto Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman bersama bayinya di dalam bilik bersalin.

“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca it's baby boy #1872018 selamat melahirhan jam 8.20am @gleneagleskl,” tulisnya.

#syukuralhamdulillah sekalung tahniah to my boss and family #datin @rebeccanuralislamahmad #dato @azambecca it's baby boy #1872018 selamat melahirhan jam820am @gleneagleskl

A post shared by Carlos Hills (@carloshills) on


Sementara itu, menerusi kemaskini di akaun IG peribadi Rebeccca, pelakon itu terdahulu memberitahu dia bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kelimanya itu.

Rebecca juga sempat meminta maaf serta memohon agar mendoakan proses kelahirannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Assalammualaikum Salam Wednesday #18072018 #180718 today? And Very Good Morning To All My Lovely Family,Friends And Followers ❤️InsyaAllah Today around 8am Saya Akan Menjalani Proses Kelahiran Anak dgn Pembedahan *semuaanakceaser btw,Terima Kasih semua di Atas Segala DOA dan Ucapan,Saya Baca dan Saya Hargai?❤️Minta Maaf Jika sepanjang berkenalan Saya Ada Kesalahan yg diLakukan Sengaja Atau Tidak Sengaja Kpd Suami,Anak2,Family,Teman2 dan KeSemua yg Mengenali Saya?Yg Baik ITU Datang DariNya ?Yg sebaliknya Dari Kelemahan Diri Saya Ini,Maaf Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki??Love you All❤️ #mrsazam #deliverbabytime #anakke5 #semuaceaser #doaygbaik2 #cakapyangbaikbaik #18072018 #6.20am #proudmother #inshaaallah #bekindhavecourage

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Rata-rata peminatnya telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kelimanya itu.

Foto: IG @carloshills
Teks oleh: Syafiqah Jalal