Pelakon Fasha Sandha mengakui lebih selesa untuk menjalani kehidupannya secara bersederhana.

Menurut Fasha, dia telah mengamalkan kehidupan sebegitu sejak dahulu lagi dan tidak kisah menguruskan dirinya sendiri tanpa ada pembantu.

"Alhamdulillah, saya lebih selesa mengamalkan kehidupan yang sederhana sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang.

"Saya boleh bersiar-siar di pusat beli-belah secara bersendirian tanpa ada peneman atau pembantu peribadi.

"Saya juga boleh hidup seperti orang biasa dan lebih selesa dalam melakukan semua perkara secara bersederhana.

"Mungkin sebagai selebriti orang nampak kehidupan saya mewah tapi sebenarnya kehidupan saya sama juga seperti orang lain yang hidup secara bersederhana dalam kehidupan," katanya kepada Astro Gempak.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.

Teks: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Fasha