Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal merakamkan lagu ciptaan penyanyi dan komposer baru berbakat, Hael Husaini pada September ini.

"Saya ada menyuarakan hasrat kepada Hael semenjak Ramadan lagi tetapi saya faham dengan keadaan Hael yang sentiasa sibuk.

"Hael ciptakan saya sebuah lagu yang sesuai dengan apa yang saya inginkan. Sekali dengar sahaja, saya terus suka dan ikut menyanyi sama.

"Judulnya belum dipilih lagi dan saya bakal merakamkan lagu tersebut pada September ini. Saya berharap agar kolaborasi ini menjadi kenyataan, Insya-Allah," katanya.

Siti ditemui di majlis pelancaran Simplysiti Gold Edition di Menara Kuala Lumpur pada Isnin.

BACA: "Block Je" - Siti Nurhaliza Sekat Komen Haters, Ikut Nasihat Suami Jarang Kongsi Foto Anak

Bercerita mengenai jenama kosmetik miliknya yang sudah mencecah usia lapan tahun, Siti bersyukur kerana suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sentiasa ada memberikan sokongan untuk dirinya terus memajukan bisnes.

Sempena menyambut ulangtahun ke-8 kali ini, SIMPLYSITI telah mengadakan majlis pelancaran SIMPLYSITI Gold Edition bersama Dato Sri Siti Nurhaliza yang bertempat di 360 Atmosphere Kuala Lumpur. . Majlis ini turut meraikan penerima anugerah untuk para ELIT yang telah sekian lama berjuang bersama SIMPLYSITI. Dalam majlis ini juga, turut berlaku penyampaian hadiah untuk para pemenang Golden Raya Contest. . Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang telah menyokong perjalanan SIMPLYSITI selama 8 tahun. . Penghargaan kepada: . Penaja lokasi: 360 Atmosphere Kuala Lumpur Live update: @kaki5photo Video: @loav.film . #SIMPLYSITI #GoldenRaya #GoldenRayaGathering #8TahunBersamaSimplySiti #ForTheBeautyInYou #GoldEdition

A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on

"Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka jenama kosmetik saya bertahan dan membangun sehingga kini.

"Saya sangat bersyukur kerana suami selalu ada bersama dalam memberikan semangat serta dorongan untuk terus berkecimpung dalam bidang perniagaan.

"Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang tidak henti memberikan sokongan semenjak hari pertama, saya lancarkan koleksi kosmetik mewah Simplysiti Gold Edition.

"Diformulasi dengan 'soft-focus technology', ia didatangkan dengan produk terkini seperti 'cushion foundation', 'shading blusher' dan 'matte lip cream' yang telah berada di pasaran semenjak Jun lalu," katanya lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Simplysiti