Bergelar model katalog bukan pekerjaan biasa buat Adiela Ridzuan tapi pernah dibayar untuk terbabit dalam sesi fotografi di luar negara seperti London, Paris, Amsterdam, Maldives dan Jepun.

Itu antara pengalaman menarik yang dilalui gadis berusia 27 tahun ini yang berkecimpung sebagai model sepenuh masa sejak tahun 2013.

Ujarnya, ketika di awal pembabitkannya dalam bidang ini, tidak ramai model muslimah mahupun jenama pakaian tempatan untuk diperagakan.

"Sekarang banyak client jual baju atau tudung menerusi online. Kebanyakan tawaran ini saya dapat menerusi Instagram (IG)," katanya kepada Astro Gempak.

Berkongsi tips menjadi seorang model, Adiela memberitahu biasanya client akan melihat profil model di media sosial seperti IG sebelum menawarkan sebagai kerja fotografi.

"Sebagai model, kena rajin update di media sosial. Lagi kerap update, lagi kerap orang perasan model itu.

"Jika rajin buat tutorial tudung atau bersolek, orang akan lebih kenal dan akan nampak kelebihan model itu. Jadi model tudung tapi tak pandai pakai tudung tak boleh jugak," katanya.

Akuinya, untuk menjadi seorang model, dia boleh membuat rujukan gaya model lain menerusi media sosial mahupun YouTube.

"Memang benar rupa sangat penting untuk jadi model tapi sekarang ini ada golongan yang dipanggil 'social media influencer' yang mana dia mungkin tidak cantik sangat tapi boleh mempengaruhi orang lain untuk membeli sesuatu produk itu," katanya.

takpela mata bukak separuh pun yang penting baju open house sis harini meletop ? its from @azuredzua! libassss semua tetamu dengan kain kepuk kepuk i ?

A post shared by Adiela Ridzuan (@adielaridzuan) on


Adiela yang juga penyampai radio Zayan menyatakan antara cabaran sebagai model adalah terima bayaran yang lambat termasuk memperagakan pelbagai koleksi untuk jangka masa yang diberikan.

"Contohnya, model itu diberi 100 helai tudung yang perlu digayakan dan paling penting kena sentiasa senyum ketika fotografi meskipun tengah sedih," katanya.

Baginya, dia tidak terlalu memilih client untuk mendapatkan tawaran kerja sebagai model.

"Saya ada 'rate' sendiri. Apabila client kata dari butik mana, saya akan tengok IG mereka. Biasanya, bayaran saya sebanyak RM300 sejam dan sesi fotorgrafi dibuat dalam tempoh 2 sehingga 3 jam dan pernah sehingga 10 jam," katanya.

Adiela yang mempunyai Ijazah Bioteknologi dari Universiti Malaysia Pahang tidak menyesal apabila bekerja sebagai model sepenuh masa selepas tamat belajar.

"Kadang-kadang saya suka juga masuk makmal tapi mana boleh bagi saya peluang depan mata, itu saya ambil.

"Saya sebenarnya budak skema sebab ambil sains ketika sekolah sehingga ke universiti. Dulu pernah belah tikus tapi saya juga pencinta haiwan," katanya yang selesa bergerak sendiri sebagai model.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @adielaridzuan