Deepika Padukone Berada Di Malaysia Untuk Jalani Penggambaran Iklan

Hiburan
Deepika Padukone Berada Di Malaysia Untuk Jalani Penggambaran Iklan
Teka-teki gambar Menara Berkembar Petronas dan kapsyen ‘Selamat Datang’ yang dimuat naik pelakon Bollywood popular Deepika Padukone di Instagram baru-baru ini akhirnya terjawab.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon jelita itu tiba di Malaysia minggu lalu bagi menjalani penggambaran untuk sebuah produk yang melantik dirinya sebagai duta.

Selain Deepika, Sidharth Malhotra turut berada di Malaysia dan memuat naik Instagram Stories gambar berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Terdahulu, entri di Instagram Deepika yang menunjukkan gambar Menara Berkembar Petronas pada 11 Julai lalu mendapat perhatian ramai, bukan hanya orang awam bahkan juga artis tempatan.

Antara artis tempatan yang meninggalkan komen di Instagram Deepika adalah pelakon Bella Daly, Wawa Zainal dan Datin Seri Umie Aida.

Sebelum ini, Deepika pernah datang ke Kuala Lumpur pada Jun 2014 untuk penggambaran satu jenama yang melantiknya sebagai duta.
 
Sumber: Harian Metro
 

Artikel Berkaitan