Wajah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz kini sering menghiasi kaca televisyen sebagai hero.

Terbaru, jejaka kacak itu membawakan watak Idlan dalam drama bersiri arahan Eyra Rahman, Sejuta Rasa Buat Adelia.

Bermula sebagai penyanyi, adakah Aliff kian melupakan bidang muzik yang menaikkan namanya dalam industri hiburan?

"Saya tak lupakan bidang nyanyian. Saya masih mencintai bidang muzik. Tetapi saya harus memberikan fokus terhadap apa yang saya lakukan.

"Saya suka memberikan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa. Buat masa ini, saya memberikan fokus dalam bidang lakonan.

"Saya tak melupakan bidang nyanyian kerana saya masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan pentas tetapi buat masa ini saya lebih terarah ke bidang lakonan," kata Aliff.

Dalam pada itu, Aliff gembira kerana bakat lakonannya kian menyerlah dan diperkatakan ramai pihak.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana usaha saya membuahkan hasil. Ada pihak memberikan respon positif mengenai lakonan saya, terutamanya dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia.

Episod 14 #SejutaRasaBuatAdelia is going to be tense and sad continuity. Korang team mana? ???‍? #SRBA #TeamIdlan

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Nahh belanja sikit gambar Chef Idlan denga Adelia Naurah yang happy sikit. Dah berapa hari stress je dorang dua ni kan. Dengar2 episod malam ni ada gaduh besar? Korang #TeamIdlan ke #TeamHafidz ? . . Saksikan episod 11 #SejutaRasaBuatAdelia malam ni di Astro Ria | Ria HD! #SejutaRasaBuatAdelia #SRBA #AstroMegaDrama #AdeliaXIdlan #MIG #TeamIdlan @daiyantrisha

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on


"Namun begitu, perkara tersebut tidak membuatkan saya mendabik dada. Saya tak akan berhenti belajar dan perlu berusaha dengan lebih kuat lagi agar dapat menarik minat ramai pihak dalam menghargai karya seni saya," katanya.

Dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia, Aliff bergandingan bersama Daiyan Trisha, Elvina Mohamad, Adam Lee dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Sejuta Rasa Buat Adelia di slot Megadrama setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff